Saturday, January 22, 2011

Sejarah kareer aku sebagai penyanyi koir

Hi Blog !

Semalam aku terpana, terkesima dan terpaku melihat Wall komen fb dari seorang kawan baik aku Musteelme, nama nak kebaratan je :p    Mas Ilmi, secara melayu nya. 

Ehh, tapi dulu time aku sekolah menengah pon, kat sekolah Teknik Persiaran Brash, aku telah mengkomerSIALkan nama aku sebagai new-rule-are-she-kin, rasa nak lempang je bila ingat-ingat balik. Aku paksa kawan-kawan aku panggil dengan sebutan yang sangat pekat nilai kebaratannya, selagi tak sebut perkataan new-rule tu sepekat-pekatnya, aku takkan pandang. Sumpah celaka gila perangai tu, hahaha !

Okay-okay sambung balik cerita Musteelme. Dia telah mengepost 1 keratan video yang membuatkan aku sangat terharu sebab title nya ialah 'Nurul & The Geng'. Pergh ! Time nampak  title tu terus hati aku terharu, sekali klik and play kan video tu, sumpah tak sanggup nak dengar sampai habes. Banyak kali aku play, stop, play, stop, play, stop, sebab tak tahan gelak. Buruk gila di halwa telinga aku.



Actually tu rakaman waktu program kolej IT tahun 2008, Pertandingan Talent Search. Waktu tu Super Heroins aku, paksa aku masuk pertandingan tu and nyanyi lagu Nirmala, pergh, dapat juara ! Tapi bila dengar balik rakaman tu pun, gelak memanjang macamana boleh jadi juara. Kira konon dah habes sedap la tu time tu, haha ! Pastu lecturer IT minta sesiapa volunteer untuk buat persembahan, kira persembahan selingan waktu juri-juri pertandingan nyanyi nak pilih pemenang la. Kali ni turn aku pulak paksa Super Heroins aku untuk buat persembahan  selingan tu, so kitorang berlima terkedek-kedeklah buat persembahan atas pentas. Walaupon last minute punya persetujuan, kitorang gigih berlatih, sampai dalam surau kolej pon kitorang berlatih bersungguh-sungguh, banyak sungguh dosa time tu. And taraaa ! Persembahan kitorang telah dirakam oleh Musteelme secara diam-diam.




Hahaha! Anyway Musteelme, 'Nurul and The Geng' mahu ucapkan a big thanks sebab upload video tu, Bila dah dengar video tu, serius tak tahu samada nak terharu ke, atau nak cekik si Musteelme ni habes-habesan, siap dia tag pulak junior-junior koir kitorang, sangat kureng !  :p

Tapi ingat lagi, lepas aku menang pertandingan tu, Musteelme bersungguh-sungguh cari aku melalui YM untuk contact dengan aku, even sampai sekarang pon aku still tak tahu macamana dia boleh dapat YM aku. Yang pasti dia add aku kat YM and first time tegur 'awak ni yang menang nyanyi lagu nirmala tu kan..?'. Since that moment, aku and Musteelme rajin sembang and discuss pasal muzik and nyanyian, and dia jugalah yang menjebakkan aku dan geng Super Heroins untuk masuk koir Uniten.

Team koir aku ialah team yang paling aku sayang, bonding kitorang sangat kuat, gelak je memanjang, saling menasihati kalau ada yang salah, sentiasa cari ruang dan peluang untuk gather ramai-ramai dan gossip, and paling penting, dah nama pon team koir kan, mestilah kara-OK tempat wajib kitorang, especially kara-OK kat alamanda. Ngee, seronok weh berada dalam 1 bilik karok dengan budak-budak ni, susah nak dengar suara yang tak sedap. Hahaha! Salute!


Kalau nak view video aku nyanyi lagu Nirmala 
yang sumbang-mambang tu, boleh klik sini !



Friday, January 21, 2011

Jom Buat Kek Batik !

Hi !

Dari 2 hari lepas tekak dah mengidam-ngidam mahu makan Kek Batik.
Akhirnya tadi ibu balik dengan sebeban Biskut Marie di tangan, yeahh, that's the spirit mommy !
Terus cepat-cepat update status fb cakap nak buat kek favorite. Heee :)


So, hari ni aku nak ajar buat the simplest delicious cake ever ! <3


You will be needing just these 5 ingredients :

Seketul margarine
Biskut Marie secukupnya
3 biji telur
MILO. Isikan sehingga penuh setengah(1/2) cawan
Susu manis


Cara-cara :

Kacau sebati dan panaskan margarine sehingga mendidih, dengan api yang kecil untuk elakkan hangus.
Lepas margarine mendidih, masukkan susu manis secukupnya. Kalau taknak manis sangat, kurangkan. Kacau sebati dan panaskan sehingga mendidih.
Serbuk Milo tadi ditambah dengan 'air panas' sahaja. Cukupkan sehingga 1 cawan penuh. Kacau sebati.
Masukkan Milo tadi ke dalam adunan. Kacau sebati dan panaskan sehingga mendidih.
Masukkan 3 biji telur. Kacau sebati.
Masukkan Biskut Marie secukupnya ke dalam adunan. Pastikan setiap biskut kena pada adunan.
Sediakan bekas untuk mengisi adunan yang dialas dengan kertas A4 untuk mengelakkan adunan daripada melekat.
Ngeee. Sekarang dah boleh tutup api dan masukkan adunan kek ke dalam bekas. Padatkan adunan di dalam bekas supaya nanti bila potong nak ngappp masuk mulut, tak rasa rapuh, kosong and sikit.



 Taraaa !



Status fb setengah jam selepas tu. Express kan? Happy trying !

Monday, January 17, 2011

Permintaan Kawan Saya Yang Sangat Chomel ~

Hi blog !

Pagi tadi received text dekat number Digi daripada Faighuz Athighah aka adD (dia memang gedik suruh orang taip 1 'd' small letter dan 1 'D' lagi guna BLOCK LETTER :p ), ni group BFF taw, bukan group Super Heroins.

"Yo bro. Busy ke? Hehe. Nurul, nak tanya lah, nurul tau tak lagu From this moment by shania twain? Agak2 kalau adD suh nurul nyanyi lagu ni time wedding adD leh tak? Feat Emy. Hehe. Dalam perancangan je ni. ;)". 

Owh, Emy tu seorang lelaki bersuara sedap yang macho yang pernah merangkap teman berduet aku di beberapa tempat seperti dinner, kara-OK and penyanyi tak bertauliah kat belakang tasik Cyberjaya :p   Owww, miss those moments dengan GREATian, janji tak tipu !


GREATian yang happening-pening yaw !

Dan juga banyak makan ~

Berbalik pada cerita, ehhh terkejut gila dapat text tu dari adD, even pun hanya dalam perancangan, tapi tak pernah sangka adD terfikir nak suruh aku nyanyi time wedding dia. Time aku baca text tu, senyum lebar aku and just terfikir dia ni chomel gila la suruh aku nyanyi. Rasa honored gila and dah rasa macam Dato' Nurul pulak. Hikhik :p  Terus aku Google kat Youtube minus one lagu tu and buat 1 video khas untuk adD :)  

Rajin-rajinlah klik kat sini untuk dengar rakaman sumbang dari aku :p 

 

Eh, perasan tak web crawler GOOGLE dah terlalu hebat sampai kadang-kadang korang 'search' something kat Youtube pun, tapi still sebut 'cuba Google kat Youtube'. Korang search kat Wikipedia, tapi still sebut 'cuba Google kat Wiki' and the most100X common yang selalu dengar orang cakap 'cuba Google kat internet'. HikHik isn't that bizarre ? Tapi takde siapa anggap itu big deal, sebab Google memang berkesan as web crawl :)

Thursday, January 13, 2011

Let the ART shout for HEART 5

I'm Touched !

Hi blog ! Im at Ipoh now. Home Sweet Home. Baru je sampai tadi pukul 4.15pm naek ETS si tren laju weee! Mahu menghabeskan saki-baki percutian bersama family tercinta sebelum mula kerja 24hb ni :)

2 hari lepas aku post status kat fb tentang dah dapat kerja baru, padahal time tu kepala lewe-lewe je taip status. Sekali tengok  ramai kawan-kawan yang support and ucap congratz! Oh, sayangnya aku pada kalian. TQSM korang. Eh tapi serious sebab support and kind words korang yang buat aku enthusiastic.


Tadi sesampai je di Stesyen Keretapi Ipoh, hp berbunyi, dapat text dari Super Heroin Number 2, she were saying :

"Syukurlah kiranya ada yang menyakitimu, kerana dia mengajarmu erti tabah.
Syukurlah kiranya ada yang tidak mempedulikanmu, kerana dia mengajarmu berdikari.
Syukurlah jika ada yang menyiksamu, kerana dia mengajarmu kesabaran dan ketabahan."

Huik, pelik gila si wanita moden tu bagi text camni kat aku, terus aku respons :
"Uik.. Nape bg kita mesej camtu..? Tazkirah ke..? "

Super Heroin respons :
"Saje nak bg awak kuat.. hehehe. Awk x suka?"

Respons aku :
"Hehe suka.. Cuma pelik sender nya ialah awak.. hehe mekaceh. Kita paling suka ayat last tu, mcm kena pd kita and dot dot dot"

Super Heroin respons :
"Kita terjumpa kat internet, tiba2 teringat kat awak.. So kite pon tulis la kat sms,hehe.. penat aku copy, lenguh tgn i yg lembut bak sutera ni.."

Respons aku :
"Haha. Oi. Dah ko taburkan budi thadap aku, pastu ko mengungkit ea, gila punya kawan.. Takde bila lembut bak sutera. Usah la ko perasan.."

Ini antara kenapa aku kasihkan 6 orang Super Heroin aku yang kat dalam gambar kat header blog tu. Diorang akan tiba-tiba bagi tazkirah tak kira masa, and kadang-kadang tak kena tempat. Hikhik.

Wednesday, January 12, 2011

Tonight is My Evolving Night !

Sangat bertekad masa taip title post ni sambil tangan tergenggam, hayun ke bawah and sebut  Yes !!!

Aku dah bertekad sejak beberapa ketika yang lalu, orang pertama yang berlainan jantina dengannya yang bukan kawan-kawannya yang dia add/approve di fb, aku akan evolve. 

Dan hari ni, malam ni, ada sesuatu yang akan kehilangan dari fb aku. Aku tak sakit  sangat dan aku tak heran sangat. And its never none-what-so-ever macam lagu Secondhand Serenade : 

" But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind "

Na-a-a ! It is so wrong ! Coz tonight will be the night that I will not fall for you, Over Again and Please don't make me change my mind. Yes !

Hei trust me, bila wanita kata dia tak sakit, dia tak heran, trust me, its a reversed. That is why i'm putting 'sangat' at the end of my ayat. Aku sakit biasa-biasa je. Aku heran  biasa-biasa je. Aku macam jam loceng yang dah semput dan dibelikan bateri Energizer lalu bangkit kembali bertenaga.

I am beyondddddd HAPPY !

Hi blog ! Almost 4 days tak update, rasa seolah-olah menzalimi blog, sorry ye.

Sangat100x busy membuat persediaan untuk interview CitiBank. 

To make it short and simple :

On Ahad : 
Datang KL naik tren laju weeee. Tumpang bermalam kat rumah maksu @ Kondo Pandan Ville.
 
On Isnin : 
Sangat dedicated, pukul 8am dah naik cab untuk ke Menara Citibank for 10am punya interview. Diri sendiri bajet around 45 mins - 1 hour punya journey since jalan jem gile boleh nampak dari 17th floor rumah maksu. Dedicated kan ? Ingatkan jalan jem, sekali itu cab driver guna jalan short-cut, 8.15am sudah sampai. Haha, bersidailah aku kat luar bangunan, sebab kat lobi dia takde couch untuk waiting area. Eip eip, jangan berkata sebegitu pada future employer, katakan saja mereka sangat mementingkan masa and keprofessionalan :) 

Sambil aku bersidai bajet-bajet wanita eksekutif dengan berkemeja kotak2 biru putih and seluar slack, tapi masih buat perangai budak-budak U, tangan terkuit-kuit dok ralit send text mengharap sokongan daripada immediate family, BFF's 6 orang tu, BF, dan SR wanita yang membantu memforward resume aku kepada bossnya ; sambil mulut tersenyum-senyum melihat respons setiap sorang. Thanks all, you've been here for me.
Since 10am mmg lambat lagi, buat on-the-spot breakfast date dengan SR. Around 9.05am, two of us naik 5th floor and having our breakfast and chit-chatting about guys... Awww, guys with no 's', bermakna tentang seorang je la kan ? SR was very supportive, gave me tips here and there. Tqsm !

After that, I went through such a peaceful interview with Citibank HR person, mereka sangat okay and fun, dah macam member-member dah. But the interviewer, muka dia garang, but she's actually nice, very nice. After interview semua selesai, I went back to maksu's house and tak lama lepas tu HR person call and inform that I have been shortlisted for tomorrow's 11.30am interview. Yeay !

On Selasa :
Today naik cab around 10.00am, then sampai menara Citibank ada masa extra untuk prepare diri for this final interview with Manager. Pung pang pung pang mulut aku baca ayat pemudah temuduga yang Ibu bagi, rasa tenang and enthusiastic gila pagi ni. Meet the Manager Mz Kala, i thought she was fully Indian looks based on her name, tapi rupanya muka dia macam Melayu, sangat putih, terpegun melihat dia. She was very nice and soft. Dia sangat baik sampai buat aku rasa the whole interview session was great and will comes with +ve status.

After habes interview, aku text SR dan call orang HR cakap nak jumpa diorang before balik, just to say thanks to them for helping me out. Sampai je rumah maksu terus golek-golek sebab headache yang menggila. Maghrib tu bangun mandi and lepas mandi tengok handphone and i was just like Demmit, i missed the important call !!! 3 kali private number missed call, i know its from Citibank. Tak tenang tidur malam tu.

On TODAY :
Terus melakukan perkara terpenting which is email the HR person tentang missed call semalam. Seminit lepas tu, dia call and said "You are selected! We'll send u the offer letter very soon". Yeay, aku sangat happy selepas almost 1 bulan tarak kerja and berpuluh resume aku sent. And at last......................
 YES, I AM BEYOND HAPPY.


Friday, January 7, 2011

Merancang Kehamilan !

Zaman sekarang ramai pasangan yang kawen dan merancang masa untuk dapatkan anak. Kadang-kadang mereka ambil masa untuk merasai kenikmatan hidup berdua bersama jejaka terchenta sebelum dapat baby. Perempuan yang baru dapat baby, ada yang makan hati taw sebab husband lebih sayangkan baby tu daripada dia sendiri. Sounds silly, tapi berlambak okay kes cemburukan anak sendiri. Jangan tak tahuuu taw ! Tapi standard la kan, hadirnya orang baru, sangat tak mudah untuk adapt diri dalam segala aspek sekalipun :) 

Ada jugak yang merancang kelahiran atas faktor takutkan perubahan fizikal, contoh kata kau bajet kau Paris Hilton, kau taknak body berubah lepas deliver, so kau plan kelahiran. Ngeee, si Paris tu pon dah ada baby taw. 

Dan yang paling munasabah ialah merancang atas faktor ekonomi. Mungkin habis duit waktu majlis resepsi kawen, atau mungkin pasangan kawen masa waktu belajar, mana kita nak tawww..~

Macam lagu Kekanda Adinda by Monoloque and Atilia pula, dia mentioned tentang si isteri nak bina kerjaya dulu sebelum dapatkan anak. Hapekes entry ni macam blame kaum sendiri? Hikhik, tak tak, part si suami belum masuk lagi. 
Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria

Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka


Dan ada suami yang taknak anak awal padahal isteri dah beria-ria ni, sebab suami tu nak tengok sempurna ke tidak isterinya melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, sebelum menggalas tugas seorang mama. Lelaki kan kalau boleh nak yang perfect semua di mata dia.

Oh, tapi ada satu sebab yang paling aku bersetuju kenapa ramai perempuan taknak baby awal. Iaitu atas faktor perubahan sikap dan tanggungjawab seorang suami bila bergelar papa. Say, bila dah ada baby :

*Jalan-jalan kat shopping mall, mama yang pegang baby, papa jalan menonong ke depan tak toleh-toleh belakang.

*Tugas kebersihan dan kebajikan baby, serah sepenuhnya pada mama. Papa mendepa tangan tengok Astro kat depan.

*Malam-malam papa keluar berambu dengan kawan-kawan, mama jaga rumah, jaga nama baik papa, jaga baby.

*Mama tegur papa buat silap sikit je, papa melenting sebab malam tadi tak cukup tidur baby nangis.

*Langkah kaki papa pun dah laju, dah tak seiringan dengan mama.

*Genggaman tangan papa pun hanya beg plastik barang-barang rumah, tapi bukan tangan mama lagi. 

*Papa dah tak berusaha untuk buat candlelight dinner atau berdating berdua tengok wayang.

*Bila mama nak join papa pergi aktiviti sosial sebagai contoh ada lawan boling dengan ofismate, mama dah mula ditinggalkan kat rumah sorang-sorang atas alasan 'you dok rumah jaga anak, i pergi kejap je. love you'.
Errr, memang hati mama berbunga sebab ada perkataan manis kat hujung ayat tu, tapi sedalam-dalam hati si mama tahu, semua tentang  suaminya akan berubah.

 "Agak-agak ar bai, nak bersosial pun takyah la bagi alasan sebab anak. Anak isteri lu bukan beban bai. Lu rasa leceh ke mengendong dua-dua orang ni gi memana?"

"Seorang mama/ibu/umi/mummy/mak tidak akan pernah mengeluh atau mengungkit atas apa yang telah dilakukan/dikorbankan untuk kesenangan dan kebajikan anaknya, kerana seorang anak kurniaan Allah ialah sebab untuk mama/ibu/umi/mummy/mak bangun setiap pagi dan mengetahui HIDUP AKU BERMAKNA KERANA ADANYA ANAKKU, KERANA ADANYA SUAMIKU. Bak kata orang puteh, they were the reason for me to wake up every morning. Yeah!"

"Bai, isteri lu tak pernah bersuara sebab dia ikhlas lakukan semua tu, tapi pernah tak terdetik di fikiran lu, berapa banyak lu dah berubah? Sedangkan isteri lu dulu mungkin sechicky-chicky wanita, tapi dia lupakan semua kechickyan dia tu untuk sebuah rumahtangga. Berapa banyak dia berubah?"

And........ etc...... Apa yang aku mentioned, atas pemerhatian aku. No offend.

Tapi di sebalik semua alasan tu, tersirat alasan kukuh setiap pasangan. Tak perlu orang luar judgekan keputusan mereka kan.

Tapi malam ni, aku tersangatlah happy dan kagum pada hero nombor 1 aku Dato' Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina. Aku senyum lebarrrrrr gila lepas view wall post fb dia ea :



 Depa tak merancang babe ! Kagum gila ! Padahal baru kawen 101010 hari tu. Aku doakan semuanya selamat. Mana taw baby keluar sama tarikh dengan papa dia 27 July. Hikhik :) Best wishes !


Wednesday, January 5, 2011

Poligami dan Keindahannya !

Perempuan tak suka poligami. Musuh number one okay !

Aku pun tak suka poligami. Pengganggu 'hubungan'.

Tapi bila 'hubungan' tu dah tak wujud, dan bila ada peluang mengenali madu kita, sebenarnya orang tu tidaklah sejahat mana macam apa yang kita kenali dia sewaktu kita dan dia masih dalam status berpoligami. Silap-silap boleh ngam hooo and jadi kawan sekapla baekkk punyaaa. Dulu kebencian datang disebabkan dia membuat kasih sayang si jejaka terbahagi. 

Pengalaman aku ni, sangat tak terjangka. 1st super heroin aku cakap aku dah gila  jadi kawan baik teman sepoligami. 2nd super heroin pulak cakap 'Awak percaya ke kat dia? Mana tahu dia bla bla bla'.  

Ehhh dah tak rasa apa dah sekarang, sebab status tu dah tak wujud. Dulu aku pernah tak suka dia, dan aku rasa macamtu jugak dari pihak dia, sebab masing-masing berkongsi(tapi sekarang status 'pernah berkongsi'). Sekarang boleh sms hari-hari ea, hari-hari ! Siap calling-calling seperti tak pernah berpoligami. Dia banyak jadi kekuatan aku, hari-hari dia sms tanya khabar time aku tengah down kecepuk ke tanah. Paling terharu sebab dia tolong aku carikan kerja since dia tahu aku jobless sekarang. Siap baek hati call  tolong bagi  tips interview. Tqsm ! I love you SR. U're my strength.

Let the ART shout for HEART 2




Seuntai Kata Untuk Dirasa

Let the ART shout for HEART 1

Perempuan memang banyak cakap !

Since tamat Job Attachment Training @ Cyberjaya, memang aku pilih untuk jadi jobless. Dulu pun after habes je study, rehat tak sampai sebulan terus masuk training tu. 

Now dah hampir 1 bulan jobless. What can I say is, it's sucks! Segan dengan diri sendiri, makan minum parents tanggung gara-gara takut last gaji habes. Tapi grateful sangatlah, dapat duduk rumah, buat kerja rumah. Malam-malam sweeeeet je tidur kat ruang tamu dengan Ayah Ibu. Mereka mesti jadi guardian angel aku, sebab aku tidur kat tengah-tengah. Golek kanan muka Ibu golek kiri muka ayah. Dapat qada balik semua sweet moments yang aku terlepas time study dulu.

Jobless = temporary housewives aww ! Petang-petang mesti buat minum petang either kopi atau teh. Ada satu perangai bebel yang aku noticed ea pasal aku. Before Ayah Ibu balik rumah, aku akan buat air and biar dulu atas meja. Bila Ayah Ibu dah sampai rumah baru tuang air dalam cawan.

Hapekes dah tuang air 1 cawan panggil 'ayah, minum, ada air kopi'.. Tuang lagi 1 then panggil 'ibu, minum, ada air kopi'... Tuang yang terakhir and panggil 'adik, minum, ada air kopi'.. Hapekes takleh panggil sekali time permulaan atau pengakhiran penuangan air berlaku 'ayah ibu adik, along dah buat air, meh minum meh'.. Nak jugak sebut satu2. Padahal tiga beranak semua kat lokasi sama. Mujur family 4 beranak je. Kalau 15 orang, 15 kali ulang ayat yang sama ea ? Perempuan takde kes pun cari kes nak bercakap jugak-jugak..! Semalam bebel, esok tekad taknak buat lagi, tapi buat jugak-jugak ! Dah habes sebut tiga-tiga orang, baru teringat... Eishhh buat lagi ! 'oi oi, jangan buat lagi !'

Esok update samada teringat nak elak atau semakin menggalak.. Hik hik ..  (>,<)

Tuesday, January 4, 2011

New Blog for New Year !

Hi 2011 ! 
New Blog for this lovely New Year.
Semangat baru. Hala tuju baru.

Tahun ni memang tak menanti bunga api pun, sebab dalam hati ni pun dah cukup berapi..
Tapi tabah aku harungi untuk terus senyum :)

Nak ucapkan Selamat Pengantin Baru a.k.a Pengantin Tahun Baru buat my cousin Kak Kemy and Abang Afiq.. 01.01.11
Sweet gila ea warna pelamin diorang.
My gorgeous cuzzy, Kak Kemy.
New cuzzy. Ehh, saya selalu nampak awak time lunch kat Cyber dulu yeh.

Baru je tekad tak nak miss update blog everyday, tapi dan-dan pulak itu charger adaptor sudah shot-wire, waddepak..! Dah missed 3 hari update. Melayang rm100 beli adaptor baru tadi. Now, kau dah boleh update hari-hari sampai kau muak nurul..!