Saturday, January 22, 2011

Sejarah kareer aku sebagai penyanyi koir

Hi Blog !

Semalam aku terpana, terkesima dan terpaku melihat Wall komen fb dari seorang kawan baik aku Musteelme, nama nak kebaratan je :p    Mas Ilmi, secara melayu nya. 

Ehh, tapi dulu time aku sekolah menengah pon, kat sekolah Teknik Persiaran Brash, aku telah mengkomerSIALkan nama aku sebagai new-rule-are-she-kin, rasa nak lempang je bila ingat-ingat balik. Aku paksa kawan-kawan aku panggil dengan sebutan yang sangat pekat nilai kebaratannya, selagi tak sebut perkataan new-rule tu sepekat-pekatnya, aku takkan pandang. Sumpah celaka gila perangai tu, hahaha !

Okay-okay sambung balik cerita Musteelme. Dia telah mengepost 1 keratan video yang membuatkan aku sangat terharu sebab title nya ialah 'Nurul & The Geng'. Pergh ! Time nampak  title tu terus hati aku terharu, sekali klik and play kan video tu, sumpah tak sanggup nak dengar sampai habes. Banyak kali aku play, stop, play, stop, play, stop, sebab tak tahan gelak. Buruk gila di halwa telinga aku.



Actually tu rakaman waktu program kolej IT tahun 2008, Pertandingan Talent Search. Waktu tu Super Heroins aku, paksa aku masuk pertandingan tu and nyanyi lagu Nirmala, pergh, dapat juara ! Tapi bila dengar balik rakaman tu pun, gelak memanjang macamana boleh jadi juara. Kira konon dah habes sedap la tu time tu, haha ! Pastu lecturer IT minta sesiapa volunteer untuk buat persembahan, kira persembahan selingan waktu juri-juri pertandingan nyanyi nak pilih pemenang la. Kali ni turn aku pulak paksa Super Heroins aku untuk buat persembahan  selingan tu, so kitorang berlima terkedek-kedeklah buat persembahan atas pentas. Walaupon last minute punya persetujuan, kitorang gigih berlatih, sampai dalam surau kolej pon kitorang berlatih bersungguh-sungguh, banyak sungguh dosa time tu. And taraaa ! Persembahan kitorang telah dirakam oleh Musteelme secara diam-diam.




Hahaha! Anyway Musteelme, 'Nurul and The Geng' mahu ucapkan a big thanks sebab upload video tu, Bila dah dengar video tu, serius tak tahu samada nak terharu ke, atau nak cekik si Musteelme ni habes-habesan, siap dia tag pulak junior-junior koir kitorang, sangat kureng !  :p

Tapi ingat lagi, lepas aku menang pertandingan tu, Musteelme bersungguh-sungguh cari aku melalui YM untuk contact dengan aku, even sampai sekarang pon aku still tak tahu macamana dia boleh dapat YM aku. Yang pasti dia add aku kat YM and first time tegur 'awak ni yang menang nyanyi lagu nirmala tu kan..?'. Since that moment, aku and Musteelme rajin sembang and discuss pasal muzik and nyanyian, and dia jugalah yang menjebakkan aku dan geng Super Heroins untuk masuk koir Uniten.

Team koir aku ialah team yang paling aku sayang, bonding kitorang sangat kuat, gelak je memanjang, saling menasihati kalau ada yang salah, sentiasa cari ruang dan peluang untuk gather ramai-ramai dan gossip, and paling penting, dah nama pon team koir kan, mestilah kara-OK tempat wajib kitorang, especially kara-OK kat alamanda. Ngee, seronok weh berada dalam 1 bilik karok dengan budak-budak ni, susah nak dengar suara yang tak sedap. Hahaha! Salute!


Kalau nak view video aku nyanyi lagu Nirmala 
yang sumbang-mambang tu, boleh klik sini !



No comments:

Post a Comment