Friday, January 21, 2011

Jom Buat Kek Batik !

Hi !

Dari 2 hari lepas tekak dah mengidam-ngidam mahu makan Kek Batik.
Akhirnya tadi ibu balik dengan sebeban Biskut Marie di tangan, yeahh, that's the spirit mommy !
Terus cepat-cepat update status fb cakap nak buat kek favorite. Heee :)


So, hari ni aku nak ajar buat the simplest delicious cake ever ! <3


You will be needing just these 5 ingredients :

Seketul margarine
Biskut Marie secukupnya
3 biji telur
MILO. Isikan sehingga penuh setengah(1/2) cawan
Susu manis


Cara-cara :

Kacau sebati dan panaskan margarine sehingga mendidih, dengan api yang kecil untuk elakkan hangus.
Lepas margarine mendidih, masukkan susu manis secukupnya. Kalau taknak manis sangat, kurangkan. Kacau sebati dan panaskan sehingga mendidih.
Serbuk Milo tadi ditambah dengan 'air panas' sahaja. Cukupkan sehingga 1 cawan penuh. Kacau sebati.
Masukkan Milo tadi ke dalam adunan. Kacau sebati dan panaskan sehingga mendidih.
Masukkan 3 biji telur. Kacau sebati.
Masukkan Biskut Marie secukupnya ke dalam adunan. Pastikan setiap biskut kena pada adunan.
Sediakan bekas untuk mengisi adunan yang dialas dengan kertas A4 untuk mengelakkan adunan daripada melekat.
Ngeee. Sekarang dah boleh tutup api dan masukkan adunan kek ke dalam bekas. Padatkan adunan di dalam bekas supaya nanti bila potong nak ngappp masuk mulut, tak rasa rapuh, kosong and sikit.



 Taraaa !



Status fb setengah jam selepas tu. Express kan? Happy trying !

No comments:

Post a Comment