Friday, January 7, 2011

Merancang Kehamilan !

Zaman sekarang ramai pasangan yang kawen dan merancang masa untuk dapatkan anak. Kadang-kadang mereka ambil masa untuk merasai kenikmatan hidup berdua bersama jejaka terchenta sebelum dapat baby. Perempuan yang baru dapat baby, ada yang makan hati taw sebab husband lebih sayangkan baby tu daripada dia sendiri. Sounds silly, tapi berlambak okay kes cemburukan anak sendiri. Jangan tak tahuuu taw ! Tapi standard la kan, hadirnya orang baru, sangat tak mudah untuk adapt diri dalam segala aspek sekalipun :) 

Ada jugak yang merancang kelahiran atas faktor takutkan perubahan fizikal, contoh kata kau bajet kau Paris Hilton, kau taknak body berubah lepas deliver, so kau plan kelahiran. Ngeee, si Paris tu pon dah ada baby taw. 

Dan yang paling munasabah ialah merancang atas faktor ekonomi. Mungkin habis duit waktu majlis resepsi kawen, atau mungkin pasangan kawen masa waktu belajar, mana kita nak tawww..~

Macam lagu Kekanda Adinda by Monoloque and Atilia pula, dia mentioned tentang si isteri nak bina kerjaya dulu sebelum dapatkan anak. Hapekes entry ni macam blame kaum sendiri? Hikhik, tak tak, part si suami belum masuk lagi. 
Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria

Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka


Dan ada suami yang taknak anak awal padahal isteri dah beria-ria ni, sebab suami tu nak tengok sempurna ke tidak isterinya melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, sebelum menggalas tugas seorang mama. Lelaki kan kalau boleh nak yang perfect semua di mata dia.

Oh, tapi ada satu sebab yang paling aku bersetuju kenapa ramai perempuan taknak baby awal. Iaitu atas faktor perubahan sikap dan tanggungjawab seorang suami bila bergelar papa. Say, bila dah ada baby :

*Jalan-jalan kat shopping mall, mama yang pegang baby, papa jalan menonong ke depan tak toleh-toleh belakang.

*Tugas kebersihan dan kebajikan baby, serah sepenuhnya pada mama. Papa mendepa tangan tengok Astro kat depan.

*Malam-malam papa keluar berambu dengan kawan-kawan, mama jaga rumah, jaga nama baik papa, jaga baby.

*Mama tegur papa buat silap sikit je, papa melenting sebab malam tadi tak cukup tidur baby nangis.

*Langkah kaki papa pun dah laju, dah tak seiringan dengan mama.

*Genggaman tangan papa pun hanya beg plastik barang-barang rumah, tapi bukan tangan mama lagi. 

*Papa dah tak berusaha untuk buat candlelight dinner atau berdating berdua tengok wayang.

*Bila mama nak join papa pergi aktiviti sosial sebagai contoh ada lawan boling dengan ofismate, mama dah mula ditinggalkan kat rumah sorang-sorang atas alasan 'you dok rumah jaga anak, i pergi kejap je. love you'.
Errr, memang hati mama berbunga sebab ada perkataan manis kat hujung ayat tu, tapi sedalam-dalam hati si mama tahu, semua tentang  suaminya akan berubah.

 "Agak-agak ar bai, nak bersosial pun takyah la bagi alasan sebab anak. Anak isteri lu bukan beban bai. Lu rasa leceh ke mengendong dua-dua orang ni gi memana?"

"Seorang mama/ibu/umi/mummy/mak tidak akan pernah mengeluh atau mengungkit atas apa yang telah dilakukan/dikorbankan untuk kesenangan dan kebajikan anaknya, kerana seorang anak kurniaan Allah ialah sebab untuk mama/ibu/umi/mummy/mak bangun setiap pagi dan mengetahui HIDUP AKU BERMAKNA KERANA ADANYA ANAKKU, KERANA ADANYA SUAMIKU. Bak kata orang puteh, they were the reason for me to wake up every morning. Yeah!"

"Bai, isteri lu tak pernah bersuara sebab dia ikhlas lakukan semua tu, tapi pernah tak terdetik di fikiran lu, berapa banyak lu dah berubah? Sedangkan isteri lu dulu mungkin sechicky-chicky wanita, tapi dia lupakan semua kechickyan dia tu untuk sebuah rumahtangga. Berapa banyak dia berubah?"

And........ etc...... Apa yang aku mentioned, atas pemerhatian aku. No offend.

Tapi di sebalik semua alasan tu, tersirat alasan kukuh setiap pasangan. Tak perlu orang luar judgekan keputusan mereka kan.

Tapi malam ni, aku tersangatlah happy dan kagum pada hero nombor 1 aku Dato' Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina. Aku senyum lebarrrrrr gila lepas view wall post fb dia ea :



 Depa tak merancang babe ! Kagum gila ! Padahal baru kawen 101010 hari tu. Aku doakan semuanya selamat. Mana taw baby keluar sama tarikh dengan papa dia 27 July. Hikhik :) Best wishes !


No comments:

Post a Comment